![]() |
| Nani |
Nani berkata dirinya semakin berkeyakinan untuk bermain selepas tempoh mengecewakan pada dua musim yang lepas berikutan kemerosotan prestasinya di atas padang.Pemain ini dikritik hebat pada musim lepas berikutan kegagalannya mempamerkan permainan yang memberansangkan berikutan perpindahan berprofil tinggi dari kelab Sporting.Namun begitu,kini dia kembali menemui rentak permainannya dan berada dalam senarai teratas kesebelasan di Old Trafford.Nani mencuri tumpuan minggu lalu apabila meledak gol yang cantik ketika perlawanan menentang Bolton Wanderers yang berakhir dengan keputusan 2-2.Nani membawa bola dari kawasan tengah padang dan menggelecek beberapa pemain Bolton sebelum merembat leret melepasi Jussi Jaaskelaineen.
'Saya berasa lebih yakin sekarang berbanding sebelum ini'.'Sekarang saya berada dalam prestasi terbaik dalam karier saya dan permainan saya berada di tahap tertinggi',ujar pemain berusia 23 tahun tersebut.

No comments:
Post a Comment