Saturday, September 25, 2010

10 Yang Terbaik

Sempena menyambut ulangtahun ke-10 tajaan mereka,Nike telah memperkenalkan bola emas Nike dalam iaitu anugerah bagi pemain yang akan menjaringkan gol ke-10,000 dalam perlawanan minggu ke-6 Liga Perdana Inggeris.


Pemain Ipswich Town,Mark Venus menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol melalui bola tajaan Nike dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.Gol itu dijaringkan pada Ogos 2000 ketika menentang Tottenham Hotspur.


Di sini,kami telah memilih 10 pemain terhebat Liga Perdana Inggeris yang telah menjaringkan gol sejak bola tajaan Nike diperkenalkan.


Hasselbaink


Jimmy Floyd Hasselbaink merupakan striker yang digeruni di Liga Perdana Inggeris semasa kariernya di kelab Chelsea. Bekas penyerang antarabangsa Belanda ini menamatkan musim 2000/01 sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Barclay apabila menjaringkan 23 gol dalam 35 perlawanan liga.Beliau menjaringkan gol melalui sepaka voli yang cantik dari luar kotak penalti ketika menentang Manchester United dan menyumbat empat gol ketika menentang Coventry City.Beliau sekali lagi menjadi penjaring terbanyak pada musim seterusnya dengan mengumpul 23 gol.Hasselbaink kemudiannya berpindah ke Middlesbrough pada musim 2004/05 setelah melalui tahun-tahun yang sukses di Stamford Bridge.













Thierry Henry
Thierry Daniel Henry menyertai kelab Inggeris,Arsenal dari Juventus menerusi yuran perpindahan sebanyak 10.5 juta pound.Beliau merupakan salah seorang striker hebat yang pernah menyinari Liga Perdana Inggeris.Sepanjang kariernya di Arsenal,beliau telah memenangi Liga Perdana Inggeris(2002,2004),Piala FA(2002,2003,2005),dan medal naib juara Liga Juara-juara Eropah 2006.Henry merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim 2001/02,2003/04,2004/05,dan 2005,06.Beliau merupakan antara pemain yang berjaya menjaringkan 30 gol dalam Liga Perdana Inggeris selain Alan Shearer(1995),dan Cristiano Ronaldo(2008).Secara keseluruhannya,Henry menjaringkan 206 gol untuk Arsenal sebelum berpindah ke FC Barcelona pada awal musim 2007/08 dan merupakan penjaring ke-3 terbanyak sepanjang zaman    Liga Perdana Inggeris dengan 174 gol.





Ruud Van Nistelrooy menyertai kelab Manchester United dari PSV Eindhoven menerusi yuran perpindahan sebanyak 19 juta pound.Beliau mengagumkan dunia apabila meledak 36 gol pada musim pertamanya di England termasuk 23 gol dalam Liga Perdana Inggeris.Van Nistelrooy menyumbat 25 gol liga pada musim 2002/03 dan membantu United memenangi liga pada musim tersebut.Secara keseluruhan,Van Nistelrooy telah menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan liga untuk United.




















Drogba
Didier Drogba menyertai Chelsea pada musim 2004/05 menerusi yuran sebanyak 24 juta pound dan masih lagi aktif bermain untuk kelab tersebut(ketika artikel ini ditulis).Beliau memenangi Liga Perdana Inggeris pada dua musim pertamanya di England dan antara pemain yang menjadikan Chelsea kuasa bolasepak Eropah ketika itu.Drogba menjaringkan 21 gol pada musim 2006/07 tetapi Chelsea gagal memenangi liga.Beliau meneruskan kecemerlangannya apabila menyumbat 29 gol liga pada musim 2009/10 bagi memastikan Chelsea menjuarai liga.Setakat ini,Drogba berjaya menjaringkan 89 gol dalam 171 penampilan liga untuk Chelsea.








Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo merupakan fenomena dalam dunia bolasepak masa kini.Ramai yang mengkritik Sir Alex Ferguson apabila beliau membayar 12.24 juta pound untuk membeli Ronaldo ketika dia hanya berusia 16 tahun pada awal musim 2003/04.Namun begitu,Ronaldo segera menjadi bintang utama pasukan United apabila mempamerkan permainan yang luar biasa sepanjang lima tahun berada di Old Trafford.Ronaldo menyumbat 17 gol liga pada musim 2006/07 bagi membantu United memenangi liga pertama sejak musim 2002/03 dan menjaringkan 31 gol pada musim 2007/08.Beliau menyertai Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia,80 juta pound setelah memenangi tiga kejuaraan liga,Piala FA,dua Piala Liga,dan Liga Juara-juara Eropah di Old Trafford.Pemergiannya memberi impak besar ke atas United dimana mereka gagal mempertahankan kejuaraan liga pada musim 2009/10.Sepanjang kariernya di England,Ronaldo telah memenangi pelbagai anugerah individu seperti Pemain Terbaik FWA(2008),Pemain Terbaik PFA(2007,2008),Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris(2008),Pemain Terbaik Dunia FIFA(2008),dan Pemain Terbaik
Eropah(2008).




Anelka
Nicolas Anelka muncul di kancah bolasepak Inggeris pada musim panas 1998 apabila menyertai Arsenal menerusi yuran sebanyak 500 ribu pound.Beliau seterusnya bermain dengan kelab Real Madrid,Liverpool,Paris Saint-Germain,Manchester City,Fenerbahce,Bolton Wanderers,dan yang terbaru Chelsea.Di Stamford Bridge,Anelka menjadi penjaring gol yang terbukti dimana beliau menamatkan musim 2008/09 dengan 33 gol.Beliau menjaringkan 19 gol liga dan menjadi penjaring terbanyak dengan kelebihan satu gol mengatasi Cristiano Ronaldo.










Rooney
Wayne Rooney merupakan antara striker yang digeruni pada masa kini.Menyertai Manchester United pada musim 2004/05 menerusi yuran perpindahan sebanyak 27 juta pound dan segera melakukan impak apabila meledak hatrik dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah menentang Fenerbahce.Rooney menjaringkan 17 gol liga pada musim pertamanya di Old Trafford.Musim 2009/10 merupakan yang terbaik dalam kariernya di Old Trafford setakat ini apabila beliau meledak 33 gol dalam semua kejohanan termasuk 26 gol di Liga Perdana Inggeris,


















Alan Shearer
Alan Shearer merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris dengan 260 gol dijaringkan atas namanya.Memulakan kariernya di Southampton sebelum menyertai Blackburn Rovers pada 1992.Shearer dengan pantas menjadi striker yang digeruni apabila menjaringkan 31 gol liga pada musim 1993/94.Beliau meledak 34 gol liga pada musim 1994/95 dan Blackburn berjaya merebut gelaran juara liga daripada Manchester United pada musim tersebut.Shearer menyertai kelab sanjungan,Newcastle United pada tahun 1995 menerusi yuran perpindahan sebanyak 15 juta pound dan di sinilah legenda Shearer bermula.Shearer menamatkan musim pertamanya di St.James Park dengan mengumpul 25 gol dan berterusan meledak gol pada musim-musim seterusnya.Beliau mengumumkan persaraannya pada April 2006 setelah mengalami kecederaan ligamen lutut.Secara keseluruhan,Shearer meledak 206 gol dalam 395 penampilan untuk Newcastle United.








Frank Lampard
Frank James Lampard merupakan antara midfielder terbaik dunia pada masa kini.Beliau memulakan kariernya di West Ham United sebagai pelatih.Pada tahun 2001,Lampard menyertai Chelsea menerusi yuran perpindahan sebanyak 11 juta pound.Beliau mengukuhkan dirinya sebagai midfielder terbaik dunia apabila berterusan meledak gol yang cantik.Lampard kerap menyumbat gol dari luar kotak penalti dan menamatkan musim 2003/04 dengan 15 gol.Lampard secara konsisten berjaya menyumbat 20 gol pada lima musim seterusnya dan membantu Chelsea memenangi liga pada musim 2004/05,2005/06,dan 2009/10.
















Michael Owen
Michael James Owen merupakan antara penyerang prolifik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.Memulakan karier di Liverpool sebagai pelatih dan melakukan debut dalam pasukan senior pada Mei 1997.Owen menjaringkan 18 gol liga untuk Liverpool pada musim 1997/98 dan menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak liga.Pada musim 2000/01,Owen membantu Liverpool memenangi Piala FA,Piala Liga,dan Piala UEFA dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah pada musim tersebut.Owen menyumbat dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas United dalam final Piala Liga 2003.Secara keseluruhan,Owen menyumbat 158 gol dalam 216 penampilan untuk Liverpool.Beliau kemudiannya mengembangkan kariernya di Real Madrid,Newcastle United,dan yang terbaru,Manchester United.
























                                                                                                                                                                                                                         

No comments:

Post a Comment