![]() | |
| Berbatov muncul sebagai wira apabila meledak hatrik menentang Liverpool |
Selepas keputusan seri yang dramatik di Goodison Park yang menyaksikan United diikat 3-3 menentang Everton minggu lalu,anak buah Sir Alex Ferguson bingkas bangun menunjukkan taring apabila membenam cabaran seteru setempat,Liverpool dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Barclay.Penyerang antarabangsa Bulgaria,Dimitar Berbatov,30,muncul sebagai wira apabila meledak hatrik yang pertama sepanjang penampilannya bersama United.Berbatov menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-41 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-59.Liverpool bangkit menyamakan kedudukan melalui gol Steven Gerrard pada minit ke-64 dan 70.Walau bagaimanapun,Berbatov sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan melalui 'bicycle kick' yang membuatkan Pepe Reina tergamam seketika.Gol tersebut muncul pada minit ke-84 dan ia sememangnya gol yang vital bagi United.Manchester United melonjak ke tangga ke-3 Liga Perdana Barclay dengan memungut 11 mata.

No comments:
Post a Comment