Wednesday, September 29, 2010

Nani: Saya Semakin Berkeyakinan

Pemain sayap Manchester United,Nani,berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya setakat ini dan permainannya dalam beberapa perlawanan yang lepas memukau semua pengkritik.
Nani

          Nani berkata dirinya semakin berkeyakinan untuk bermain selepas tempoh mengecewakan pada dua musim yang lepas berikutan kemerosotan prestasinya di atas padang.Pemain ini dikritik hebat pada musim lepas berikutan kegagalannya  mempamerkan permainan yang memberansangkan berikutan perpindahan berprofil tinggi dari kelab Sporting.Namun begitu,kini dia kembali menemui rentak permainannya dan berada dalam senarai teratas kesebelasan di Old Trafford.Nani mencuri tumpuan minggu lalu apabila meledak gol yang cantik ketika perlawanan menentang Bolton Wanderers yang berakhir dengan keputusan 2-2.Nani membawa bola dari kawasan tengah padang dan menggelecek beberapa pemain Bolton sebelum merembat leret melepasi Jussi Jaaskelaineen.
           'Saya berasa lebih yakin sekarang berbanding sebelum ini'.'Sekarang saya berada dalam prestasi terbaik dalam karier saya dan permainan saya berada di tahap tertinggi',ujar pemain berusia 23 tahun tersebut.
           

Sunday, September 26, 2010

LPB 2010/11 Minggu Ke-6: Arsenal 2-3 West Bromwich Albion

                  




          





                    2                        :                           3                               








Manuel Almunia gagal menghalang sepakan penalti oleh Jerome Thomas.
West Bromwich Abion berjaya mencatat kemenangan pertama mereka musim ini di Liga Perdana Barclay apabila menumpaskan Arsenal 3-2 di Stadium Emirates.Sepakan penalti yang diambil oleh Chris Brunt berjaya diselamatkan oleh Almunia pada separuh masa pertama perlawanan.Peter Odenwingie meletakkan WBA di depan apabila meledak gol pada minit ke-50 dan Gonzalo Jara menggandakan kedudukan dua minit kemudian.Arsenal semakin tertekan setelah Jerome Thomas menjaringkan gol ketiga untuk WBA melalui sepakan penalti pada minit ke-73 perlawanan.Namun begitu,Arsenal bangkit merapatkan jurang melalui gol daripada Samir Nasri pada minit ke-75 dan menambah gol kedua pada minit akhir perlawanan.Ia merupakan kemenangan pertama WBA ke atas Arsenal sejak 1983.WBA melonjak ke tangga ke-5 Liga Perdana Barclay dengan mengumpul 11 mata.

Saturday, September 25, 2010

LPB Minggu Ke-6: Manchester City 1-0 Chelsea

Jaringan minit ke-59 daripada Carlos Tevez memastikan The Citizens menumpaskan juara bertahan Chelsea dalam pertembungan sengit di City of Manchester Stadium.Ia merupakan kali ke-5 Tevez berjaya menjaringkan gol menentang Chelsea dan kali ke-2 dari 49 perlawanan The Blues gagal menjaringkan gol.Keputusan itu membuatkan City melonjak ke tangga ke-4 liga dengan mengumpul 11 mata.
                              

10 Yang Terbaik

Sempena menyambut ulangtahun ke-10 tajaan mereka,Nike telah memperkenalkan bola emas Nike dalam iaitu anugerah bagi pemain yang akan menjaringkan gol ke-10,000 dalam perlawanan minggu ke-6 Liga Perdana Inggeris.


Pemain Ipswich Town,Mark Venus menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol melalui bola tajaan Nike dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.Gol itu dijaringkan pada Ogos 2000 ketika menentang Tottenham Hotspur.


Di sini,kami telah memilih 10 pemain terhebat Liga Perdana Inggeris yang telah menjaringkan gol sejak bola tajaan Nike diperkenalkan.


Hasselbaink


Jimmy Floyd Hasselbaink merupakan striker yang digeruni di Liga Perdana Inggeris semasa kariernya di kelab Chelsea. Bekas penyerang antarabangsa Belanda ini menamatkan musim 2000/01 sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Barclay apabila menjaringkan 23 gol dalam 35 perlawanan liga.Beliau menjaringkan gol melalui sepaka voli yang cantik dari luar kotak penalti ketika menentang Manchester United dan menyumbat empat gol ketika menentang Coventry City.Beliau sekali lagi menjadi penjaring terbanyak pada musim seterusnya dengan mengumpul 23 gol.Hasselbaink kemudiannya berpindah ke Middlesbrough pada musim 2004/05 setelah melalui tahun-tahun yang sukses di Stamford Bridge.









Steven Gerrard
Kapten Liverpool,Steven Gerrard berpesan kepada para penyokong supaya bersabar di atas kemerosotan prestasi pasukan di awal musim.


The Reds menghuni tangga ke-16 Liga Perdana Barclay selepas lima perlawanan pembukaan musim 2010/2011.Dengan hanya satu kemenangan diperoleh,para penyokong mula mempersoalkan prestasi pasukan.


Gerrard berkata terlalu awal untuk para penyokong dan pengkritik menilai prestasi pasukan kerana musim baru sahaja bermula.'Terdapat sedikit kekecewaan selepas perlawanan-perlawanan yang buruk di permulaan musim.Kami tewas di Old Trafford dan tersingkir dari Piala Liga di tangan Northampton.Tetapi keadaan akan berubah dan yang lebih penting ialah bersatu hati.Dua atau tiga kemenangan akan merubah suasana dan mood pasukan'.

Thursday, September 23, 2010

Vidic Puji Aksi Berbatov

Nemanja Vidic
Bek utama Red Devils,Nemanja Vidic memuji permainan yang dipamerkan oleh rakan seperjuangannya,Dimitar Berbatov semasa perlawanan menentang Liverpool minggu lalu.


Berbatov,30,mencuri tumpuan minggu lalu apabila menjadi pemain United pertama sejak Stan Pearson pada 1946 yang menjaringkan hatrik menentang Liverpool.Vidic berkata,'Kami sentiasa percaya pada kemampuannya.Kawalan bolanya sangat menakjubkan dan dia telah membayar balik kritikan-kritikan yang diterima pada musim lepas.Jika dia mempamerkan aksi sebegitu sepanjang musim,nescaya kami dapat menjulang gelaran liga.

Mancini-Kami Belum Lagi Terbaik

Pengurus Manchester City,Roberto Mancini percaya ia memerlukan masa sebulan lagi sebelum skuadnya  menemui keserasian yang jitu dan mempamerkan kekuasaan sebenar mereka.


Mancini percaya Manchester City akan bangkit memberikan cabaran sebenar.
Mancini berkata,'Mungkin selepas cuti tugasan antarabangsa akan datang anda akan dapat melihat kemampuan sebenar kami'.The Citizens menumpaskan Wigan Athletic dengan jaringan 2-0 pada perlawanan Liga Perdana Barclay minggu lalu.Walaupun begitu skuad Mancini dikritik hebat kerana gagal mempamerkan kemampuan sebenar mereka selepas berbelanja besar musim panas yang lalu untuk membeli pemain baru.David Silva,Yaya Toure,James Milner,Jerome Boateng antara barisan pemain bintang baru yang dibawa ke City of Manchester Stadium dan mereka masih belumdapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan rentak permainan bolasepak Inggeris.